Wednesday, April 11, 2007

Hadiah Pada Malam Jumaat

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya."Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanyaSalih Al Mazy."Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu."Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya AlMazy lagi.Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orangyang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Sipemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.

Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita sipemuda.lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian AlMaizy terjaga.Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu sipemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku,dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuhpenyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini."Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.
Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham."Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesen pun dari seribu dirham itu yang tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2.Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanyakelihatan sangat gumbira.Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata: "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi."Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy."Ya, Tahu.""Apa tandanya?""Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya danmerasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW) NescayaAllah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang Besar." (SurahAl-Ahzab:71)

Andainya hidup punca perpisahan,
Biarlah mati menyambungnya semula
Namun seandainya mati punca perpisahan,
Biarlah hidup itu membawa erti yang nyata

Labels:

Wednesday, January 24, 2007

APA ITU HIJRAH



Sesungguhnya peristiwa hijrah telah dipilih oleh para sahabat r.a sebagai titik permulaan sejarah umat islam.Pada tahun pemerintahan Saidina Umar Al-khattab telah berlaku perbincangan dikalangan para sahabat untuk mencatatkan setiap urusan penting negara dan umat.Ada dikalangan sahabat yang mencadangkan agar di gunakan tarikh rom.Manakala sebahagian yang lain pula mamilih tarikh parsi,tapi Saidina Umar memutuskan untuk menggunakan tarikh islam.

Sebahagian sahabat mencadangkan agar tarikh islam bermula dari kelahiran rasulullah s.a.w manakala yang lain pula memilih tarikh kewafatan baginda.Saidina Ali pula mengesyorkan agar peristiwa hijrah di jadikan permulaan tarikh islam.Saidina Umar berkata

'' KITA MENCATATKAN TARIKH DENGAN HIJRAH RASULULLAH S.A.W
KERANA IA ADALAH PEMISAH ANTARA YANG HAK DAN YANG BATIL ''.

Oleh kerana hijrah berlaku pada awal bulan RabiulAwal,maka timbullah beberapa pandangan untuk menentukan bulan pertama yang akan di gunakan dalam tarikh islam.

Kata sepakat dicapai dengan memilih cadangan Saidina Uthman bin Affan r.a iaitu menjadian Muharram sebagai taqwim islam kerana ia merupakan permulaan yang digunakan oleh bangsa arab.Oleh itu awal Muharram merupakan titik permulaan taqwim islam yang pertama bertepatan dengan 16 MEI 622M.Mengikut pendapat yang rajih,penetapan ini berlaku pada tahun ke-17 selepas hijrah.


MUHARRAM...


Peristiwa penting yag berlaku dalam bulan muharram

  • Penciptaan langit,bumi,matahari,bulan dan bintang
  • Penciptaan pertama makhluk yang bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s
  • Kelahiran Nabi Ibrahim dan hari kebebasannya dari api namrud
  • Kemenangan Nabi Musa a.s
  • Tenggelamnya tentera firaun setelah lautan yang di bolehkan oleh Nabi Musa dengan tongkatnya bercantum kembali
  • Hari kelahiran Nabi Isa a.s dan hari baginda diangkat ke langit
  • Nabi Nuh a.s dan pengikutnya terselamat dari banjir besar
  • Nabi Sulaiman a.s mendapat kelebihan luat biasa
  • Nabi Yunus a.s terselamat dan keluar dari perut ikan nuh
  • Mata Nabi Yaakob dapat melihat kembali
  • Nabi Yusof a.s dibebaskan dari penjara
  • Hari pertama hijrah di turunkan dari langit ke bumi
  • Pembunuhan cucu Rasulullah Saidina Husain bin Ali r.a di karbala pada 10 muharram tahun 61 hujrah
  • 8 hijrah terjadinya Ghazwah Fathu Makkah
  • Peristiwa yang membawa kepada pengasasan tahun hijrah telah berlaku 1 muharram tahun 1 hijrah
  • 1 muharram tahun 7 ijrah berlaku perutusan surat yang pertama kepada pemerintahan antrabangsa
  • Perkahwinan Rasulullah dengan Saidina Safiah
  • Awal muharram tahun 9 hijrah bermulanya pentadbiran zakat
ANTARA FADHILAT BERPUASA PADA HARI ASYURA
  • Dapat menebus dosa setahun yang lalu
  • Baginda berpuasa setahun
  • Binatang buas dan serangga berpuasa untuknya
  • Pemberi sedekah bagaikan bersedekah setahun

Tuesday, December 05, 2006

SYARAT-SYARAT HIDUP BAHAGIA...

Ada dua sifat yang merosakan manusia dari dalam iaitu sifat rakus dan tamak.Kedua-dua sifat buruk ini boleh diatasi dgn cara-cara yang berikut ini...

1. Berjimat,pandai berbelanja serta bijak mengurus kewangan.Orang yang gemar berbelanja,tidak akan pernah merasa cukup,bahkan akan menjadi semankin bakhil dan tamak.Hidup jimat merupakan kunci kepuasan diri.Ada ungkapan indah menyebutkan: '' MERANCANG SEGALA SESUATU ADALAH SEPARUH DARI KEJAYAAN ''

2. Jangan cemas dan gentar menghadapi masa depan.Kawallah angan-anganmu dan yakinlah bahawa masalah rezeki sudah ditentukan,jika ia telah ditentukan untukmu maka ia tidak akan jatuh ketempat lain.

3. Meningkatkan ketakwaan kerana bertakwa kepada Allah adalah syarat beroleh jalan keluar dari kesusahan sebagaimana di jelaskan dalam firman Allah s.w.t:

'' SESIAPA BERTAKWA ,MAKA ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEPADANYA JALAN KELUAR DAN MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DI SANGKA-SANGKA. ''

(surah at-talaq ayat 2)

4. Berpuas hati menerima apa adanya.Sifat ini adalah sifat yang terpuji,sedangkan sifat tamak dan kenal cukup adalah sifat yang tercela.Ambillah pengajaran yang berguna dari kedua-dua sifat tersebut.

5. Bacalah kemudian hayatilah perjalanan hidup para nabi dan orang-orang yang soleh,terutama sekali dalam hal sikap dan akhlak mereka,seperti sifat qanaah,rendah hati mereka dalam menikmati hidup dan kecintaan mereka terhadap akhirat.Jadikanlah mereka sebagai teladan dan ikutan anda.

6. Perhatikanlah keadaan mereka yang kurang bernasib baik berbanding diri anda.Kemudian belajar banyak dari semua itu.

'' ORANG YANG TIDAK MAHU BERFIKIR SUDAH TENTU TIDAK AKAN MENDAPAT MANFAAT DARI BERFIKIR.SEDANGKAN ORANG YANG BERFIKIR,TIDAK AKAN PUTUS ASA MENGHADAPI SETIAP KEADAAN DAN TIDAK AKAN BERHENTI BERFIKIR DAN BERINISIATIF ''

Wednesday, November 22, 2006

HIKMAT 7 AYAT

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak besar laut.

1. Mengucap ''Bismillah'' pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap'' Alhamdulillah'' pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap ''Astagfirullah'' jika lidah terselip perkataan yang tidak patut di ungkapkan.

4. Mengucap ''Insya Allah'' jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap ''La haula wala kuwwata illa billah'' jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap'' inna lillahi wa inna ilaihi rajiun'' jika menghadapi danmenerima musibah.

7. Mengucap ''La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah'' sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.

Friday, April 21, 2006

Assalamualaikum...

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Sedar tidak sedar.imtihan daur shani akan menjelang tidak lama lagi.Adakah kita sudah bersedia untuk bertempur dalam medan ujian ini?Yang akan menentukan sama ada menatijahkan syahid atau menanag?Masa yang berbaki lebih kurang sebulan ini harus di manfaatkan sebaik-baiknya untuk mencipta kecemerlangan.Walaupun masing-masing merasakan waktu yang ada sudah terlalu sempit untuk mengulangkaji.Jangan mudah berputus asa kerana kita belum terlalu lewat untuk meletakkan noktah didayah pada hari ini.Ingatlah!selagi belum melangkah ke dewan peperiksaan,kita masih mempunyai masa untuk memburu kecemerlangan yang diimpikan...

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa;
Timbulnya KEINSAFAN dari PERASAAN
'' KEMAHUAN '' KEINGINAN
'' KEYAKINAN '' KEPERCAYAAN
'' KEMAJUAN '' PERUBAHAN
'' KEPANDAIAN '' KERAJINAN
'' KESIHATAN '' KEBERSIHAN
'' KESUSAHAN '' KEMISKINAN
'' KEKUATAN '' KESATUAN
'' BENCANA '' KEBODOHAN
'' DENGKI '' IRIHATI
'' CINTA '' MATA

Bila mana nasihat atau perkataan iti keluar dari hati yang ikhlas,maka apabila di dengar akan masuk ke dalam hati,tetapi bila ianya dari lidah,maka ia tidak akan sampai ke hati....
Rasullullah s.a.w pernah bersabda:keutamaan orang yang berilmu iti jika di bandingkan dengan ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang.Sesungguhnya orang yang berilmu itu pewaris nabi.Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham tetapi mereka hanya mewariskan ilmu,maka barangsiapa yang mempelajarinya beerti mengambil bahagian yang banyak...

Wahai sahabat-sahabatku.....!!!

Sikap putus asa,jiwa yang lemah dan semangat yang mudah luntur tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang.Pelajar yang cemerlang diibaratkan sebagai seorang juara dalam sebuah pertandingan.Sebagai seorang juara dia tidak mahu kemenangan yang di perolehi bersifat sementara.Dia tidak akan mengeluh terhadap kepenatan dan keletihan yang dilalai semasa latihan.Kesusahan yang dialami hari ini dianggap sebagai pembuka jalan untuk hari esok yang gemilang....

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Pohonlah doa restu pada ayah bonda sebelum melangkah ke medan juang ini.Moga-moga doa mereka memberkati usaha kita untuk mencipta kecemerlangan.Dalam saat-saat genting ini harapan dan doa pemilik mutlak kejayaan dan kegagalan mesti dimantapkan lagi.Moga-moga usaha kita diperkenankan dan dikurniakan kejayaan sebagaimana yang diimpikan.Dalam masa yang sama,doakanlah seliruh sahabat-sahabat kita,moga kejayaan menjadi milik kita bersama sebagai penuntut ilmu agama ALLAH di bumi ANBIYA ini.Kejayaan dan kecemerlangan kita adalah untuk ISLAM....

SELAMAT BERIMTIHAN.....

Friday, April 14, 2006

SUDUT RENUNGAN

Janganlah kamu mengahwini wanita semata-mata kecantikan mereka
Boleh jadi kecantikan tersebut
Boleh merosakan akhlak mereka dan janganlah kamu
Mengahwini mereka kerana harta,
Boleh jadi harta tersebut boleh mendorongnya
Supaya melampaui batasan agama.
Kahwinilah wanita kerana agama dan ketahuilah
Bahawa hamba perempuan yang memiliki agama,
Tetapi hitam kulitnya lebih baik daripada wanita-wanita lain yang memiliki agama....

SAHABAT-SAHABAT YG DI KASIHI


Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi batu,janganlah menjadi batu di tepi jalan
Tiada nilainya,tiada harganya,dipijak orang,disepak orang.
Tetapi sahabat-sahabatku,jadilah batu intan,jadilah batu permata
Yang berkilau,yang bersinar,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi kayu,jangan menjadi kayu biasa
Yang reput,yang rapuh,yang patah,dibuang orang merata-rata.
Tetapi sahabat-sahabatku
Jadilah kayu jati,kayu yang mantap
Mahal nilainya,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi manusia,jangan menjadi manusia biasa-biasa
Longgar jiwanya,rapuh imannya.
Tetapi sahabat-sahabatku..
Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya
Kental imannya,tertib solatnya
Quran juadahnya,luas pandangannya
Gemilang masa depannya.

Sahabat-sahabatku..
Perahu sudah di air,pendayung sudah di tangan
Fikirlah,renunglah,katakan pada dirimu
Bahawa saya tidak memilih,untuk menjadi manusia biasa
Tapi saya memilih,untuk menjadi manusia luar biasa.

Saksikanlah sahabat-sahabatku..
Semoga usahamu pada hari ini,akan melahirkan insan yang
Cemerlang di dunia,Gemilang di akhirat.

Friday, April 07, 2006

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
Wajahnya seperti bulan purnama
Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
Janggutnya penuh dan tebal menawan
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
Rambutnya sedikit ikal
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
Rambutnya terbelah di tengah
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
Seimbang antara kedua bahunya
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
Warna kulitnya putih tapi sehat
Kulitnya putih lagi bercahaya
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
Badannya tidak gemuk
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
Perutnya tidak buncit
Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw. Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

MORAL & IKTIBAR
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

geovisit();