Friday, April 21, 2006

Assalamualaikum...

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Sedar tidak sedar.imtihan daur shani akan menjelang tidak lama lagi.Adakah kita sudah bersedia untuk bertempur dalam medan ujian ini?Yang akan menentukan sama ada menatijahkan syahid atau menanag?Masa yang berbaki lebih kurang sebulan ini harus di manfaatkan sebaik-baiknya untuk mencipta kecemerlangan.Walaupun masing-masing merasakan waktu yang ada sudah terlalu sempit untuk mengulangkaji.Jangan mudah berputus asa kerana kita belum terlalu lewat untuk meletakkan noktah didayah pada hari ini.Ingatlah!selagi belum melangkah ke dewan peperiksaan,kita masih mempunyai masa untuk memburu kecemerlangan yang diimpikan...

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Orang yang berilmu itu menyedari bahawa;
Timbulnya KEINSAFAN dari PERASAAN
'' KEMAHUAN '' KEINGINAN
'' KEYAKINAN '' KEPERCAYAAN
'' KEMAJUAN '' PERUBAHAN
'' KEPANDAIAN '' KERAJINAN
'' KESIHATAN '' KEBERSIHAN
'' KESUSAHAN '' KEMISKINAN
'' KEKUATAN '' KESATUAN
'' BENCANA '' KEBODOHAN
'' DENGKI '' IRIHATI
'' CINTA '' MATA

Bila mana nasihat atau perkataan iti keluar dari hati yang ikhlas,maka apabila di dengar akan masuk ke dalam hati,tetapi bila ianya dari lidah,maka ia tidak akan sampai ke hati....
Rasullullah s.a.w pernah bersabda:keutamaan orang yang berilmu iti jika di bandingkan dengan ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang.Sesungguhnya orang yang berilmu itu pewaris nabi.Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham tetapi mereka hanya mewariskan ilmu,maka barangsiapa yang mempelajarinya beerti mengambil bahagian yang banyak...

Wahai sahabat-sahabatku.....!!!

Sikap putus asa,jiwa yang lemah dan semangat yang mudah luntur tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang.Pelajar yang cemerlang diibaratkan sebagai seorang juara dalam sebuah pertandingan.Sebagai seorang juara dia tidak mahu kemenangan yang di perolehi bersifat sementara.Dia tidak akan mengeluh terhadap kepenatan dan keletihan yang dilalai semasa latihan.Kesusahan yang dialami hari ini dianggap sebagai pembuka jalan untuk hari esok yang gemilang....

Wahai sahabat-sahabatku....!!!

Pohonlah doa restu pada ayah bonda sebelum melangkah ke medan juang ini.Moga-moga doa mereka memberkati usaha kita untuk mencipta kecemerlangan.Dalam saat-saat genting ini harapan dan doa pemilik mutlak kejayaan dan kegagalan mesti dimantapkan lagi.Moga-moga usaha kita diperkenankan dan dikurniakan kejayaan sebagaimana yang diimpikan.Dalam masa yang sama,doakanlah seliruh sahabat-sahabat kita,moga kejayaan menjadi milik kita bersama sebagai penuntut ilmu agama ALLAH di bumi ANBIYA ini.Kejayaan dan kecemerlangan kita adalah untuk ISLAM....

SELAMAT BERIMTIHAN.....

Friday, April 14, 2006

SUDUT RENUNGAN

Janganlah kamu mengahwini wanita semata-mata kecantikan mereka
Boleh jadi kecantikan tersebut
Boleh merosakan akhlak mereka dan janganlah kamu
Mengahwini mereka kerana harta,
Boleh jadi harta tersebut boleh mendorongnya
Supaya melampaui batasan agama.
Kahwinilah wanita kerana agama dan ketahuilah
Bahawa hamba perempuan yang memiliki agama,
Tetapi hitam kulitnya lebih baik daripada wanita-wanita lain yang memiliki agama....

SAHABAT-SAHABAT YG DI KASIHI


Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi batu,janganlah menjadi batu di tepi jalan
Tiada nilainya,tiada harganya,dipijak orang,disepak orang.
Tetapi sahabat-sahabatku,jadilah batu intan,jadilah batu permata
Yang berkilau,yang bersinar,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi kayu,jangan menjadi kayu biasa
Yang reput,yang rapuh,yang patah,dibuang orang merata-rata.
Tetapi sahabat-sahabatku
Jadilah kayu jati,kayu yang mantap
Mahal nilainya,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi manusia,jangan menjadi manusia biasa-biasa
Longgar jiwanya,rapuh imannya.
Tetapi sahabat-sahabatku..
Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya
Kental imannya,tertib solatnya
Quran juadahnya,luas pandangannya
Gemilang masa depannya.

Sahabat-sahabatku..
Perahu sudah di air,pendayung sudah di tangan
Fikirlah,renunglah,katakan pada dirimu
Bahawa saya tidak memilih,untuk menjadi manusia biasa
Tapi saya memilih,untuk menjadi manusia luar biasa.

Saksikanlah sahabat-sahabatku..
Semoga usahamu pada hari ini,akan melahirkan insan yang
Cemerlang di dunia,Gemilang di akhirat.

Friday, April 07, 2006

NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK TERAGUNG

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.
Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
Wajahnya seperti bulan purnama
Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
Janggutnya penuh dan tebal menawan
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
Rambutnya sedikit ikal
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
Rambutnya terbelah di tengah
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
Seimbang antara kedua bahunya
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
Warna kulitnya putih tapi sehat
Kulitnya putih lagi bercahaya
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
Badannya tidak gemuk
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
Perutnya tidak buncit
Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw. Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

MORAL & IKTIBAR
Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.

geovisit();